Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENGERUSI YAYASAN PERAK DATO’ HAJI NAZDRI BIN ISMAIL

RABU - 18 November bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi ,Wisma Darul Ridzuan Hayyu Sabe’ telah diadakan Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi Yayasan Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi.Majlis dimulakan selepas solat Isya’ dengan ucapan aluan daripada Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2009/2010 Al-Fadhil Ust Khairul Ashraf bin Mohd Khir.Diantara harapan beliau adalah mengharapkan hubungan pihak persatuan dan Yayasan Perak sebagai titik permulaan yang baik bagi memastikan kebajikan anak-anak Perak di Mesir ini terus dipelihara dari masa ke semasa.Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YB Dato’ Haji Nazdri bin Ismail seterusnya sesi soal jawab.Beliau dalam kalamnya menerangkan fungsi penubuhan Yayasan Perak sebagai salah satu agensi yang dapat membaik pulih kemudahan sedia ada terutamanya dalam memasikan kelangsungan taraf pendidikan rakyat Perak. Majlis ini diakhiri dengan penyerahan replika cek daripada YB Dato’ kepada persatuan dengan jumlah RM 10,000.